Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
158,180
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 29

I just reread Ada Untuk Aku sepanjang semalam haha... i wrote that like... what... 10 years ago? Some storyline aku terlupa and contradict in Peluang Kedua [Jom Kahwin Semula]. i guess i owe it to the two hotheads to make sure that theyre together again while stay in character that i failed to take note on some small details. Tapi its a manageable details.

______________________________________


KALAUlah masa zaman sekolah, tiba-tiba time traveller muncul dan memaklumkan padanya bahawasanya dia akan menjadi janda kemudian dilarikan oleh suami orang, sumpah wallah dia takkan percaya. Walau bumi terbelah sekalipun. Walau mati hidup semula sekalipun. 

Tapi itulah apa yang berlaku sekarang ini. Tadi dia tengah kepala berasap sebab dapat tahu anak perempuannya menerima kecelakaan dunia dari anak milik perempuan yang paling dibenci di alam semesta. Perempuan yang tergila-gilakan dudanya itu. Perempuan badigol pendek akal yang Aqi menunggu restunya untuk hidup bahagia bersama. 

Apa benda bodoh yang dia harapkan dari Mimi?!! Lailahaillallah!! 

Berbanding nak memarahi Umar, kini dia sedang memarahi diri sendiri kerana terlalu idealistik sehingga menyusahkan semua orang. Dan ketika itulah dia tersedar, dia sedang berada di pekarangan masjid dan Umar menyuruhnya datang balik ke kereta selepas solat Maghrib.

Excuse me?

"Kedai burger pun ada kat tepi jalan situ. Nanti kita lepak situ je la," sambung Umar.

Akal Aqi masih tenggam timbul. Tapi, okay...?


LELAKI itu masih berteleku di dalam masjid bila Aqi selesai menunaikan fardu wajib. Lalu dia melayan diri mengisi perut dengan burger jalanan di luar masjid. Semasa dia tengah melahap rezeki di bawah lampu jalan, Umar datang bersama senyum.

"Lapar sangat sampai tak tunggu aku?" soalnya sambil mengambil tempat duduk di sebelah.

Aqi menghulur burger Umar sebelum perasan lelaki itu turut membawa beg kertas berwarna coklat.

"Apa tu?"

"Hadiah untuk kau," ujar si lelaki pada daging burger di tangan. Ya Allah terima kasih atas rezeki yang Kau kurniakan.

"Hadiah?"

Pasif tiada respon, membuat Aqi makin gasak.

"Untuk apa? Kenapa? Kenapa pegang je? Bak la sini," ujarnya sambil menadah tangan kiri. 

Si mata hazel itu menjeling sekilas bersama senyum. "Tak sabar-sabar..." Dihulur beg itu sebelum mula melahap burgernya. Aqi pula memeriksa apa yang ada di dalamnya.

Handphone Motorola serta sekeping surat yang di-selotape sebanyaknya hingga menjadi A4 semula.

Ini time capsule Umar.

Aqi melangut pada si kacak dengan kening bercantum. "Ini hadiah untuk aku?"

Sambil mengunyah burger, dia menjelaskan. "Aku masa Form 5 tanam dua benda tu sebab nak serahkan dekat kau. Aku cuma tunaikan niat dia je..."

Liur ditelan. "I don't need this, Mar..."

"Phone tu hidup, sayang oi."

"Apa?"

"Handphone tu hidup dah. Aku hantar servis. Charger dia pun aku dapat, ada sekali dalam tu," jelasnya, membuat Aqi membelek isi dalam beg kertas itu semula. Betullah, charger Motorola pun ada.  "Ceklah apa yang ada didalamnya."

Ragu-ragu kini memakan diri Aqi. Motorola dihidupkan. Semasa android lapuk itu tengah loading, si mata hazel yang tengah mengunyah bahagian terakhir burger dikerling. "Motif?"

Umar tidak menjawab kerana masih menjilat saki baki sos pada jari. Lagipun motif baru sahaja dijelaskan. Kalau Aqi enggan menerima jawapannya itu, dia tak peduli. "Aku nak order burger lagi. Lapar. Kau selidik la dulu apa dalam phone tu," ujarnya lalu bergerak laju ke gerai. Wanita itu pula memandang dengan keluh sebelum terus memeriksa isi handphone zaman KPop baru nak up itu. 

Bila Umar patah balik dengan daging burger dan sebotol air mineral, Aqi tengah meleleh pada skrin Motorola di tangan. Si lelaki tersenyum kecil.

"Sendu tengok gambar Bang Danny?" tekanya sambil duduk.

Tepat sekali. Aqi menjeling dalam sendu. "Kau dah godek dulu ke?"

Geleng. "Itu phone kau zaman kau jadi kucing kurap yang suka ikut sapa-sapa yang nak bagi makan free. Manusia paling penting dalam dunia kau masa tu ialah arwah abang kau tu. Its elementary." Rezeki dikunyah lagi.

Aqi pula mencemik dalam sendu. "Tau-tau je..."

Si mata hazel menjeling. "Even lepas dua tahun dia meninggal, kau tak boleh move onremember? Aku jadi si bacul yang kena friendzone oleh bini sendiri masa tu, remember?"

Kini perkahwinan mereka pula menjengah ingatan. Ketawa Aqi terlepas nipis, lalu Motorola dimasukkan semula ke dalam beg coklat itu. Air mata turut diketis. "Thanks a lot, Mar.... Thats the best present aku pernah terima dari sesiapa..."

Dan barulah wujud rasa bangga dalam hati Umar. Barulah rasa berbaloi habiskan duit dan tenaga untuk membaiki handphone lama tersebut.

"Macammana handphone lama macam ni boleh dibaiki? Power gila..."

"Tukar bateri je. Sebab tu bateri lama. Level kong sampai tak dapat nak dihidupkan balik. Sistem phone dalam kondisi baik, jadi sebab tu semua text kau, galeri apa masih ada."

"Kalau macam tu, macammana pula kau cari bateri handphone yang berusia 20 tahun. Aku tak rasa market masih ada stok."

"I have my way. And supplier." Bahu dijungkit.

Aqi memicing. "Berapa banyak yang kau bayar dekat supplier kau?" Dia tak rasa mudah nak mencari bateri handphone yang dah berusia 20 tahun. Macam mustahil, dan jika boleh dicari, Aqi pasti harganya sangat mahal.

"Nak dekat 10 juta pun ada..."

"Serious lah?!!"

Bongok jugak dia ni. Umar tersengih kelakar. "Tapi aku dapat senyuman dan air mata kau sebagai balasan. Itu tak ternilai harganya." Pada burger kedua, dia menutur. "Aku sure aku zaman bongok rindukan senyuman kau, sebab tu dia hantar phone tu... Dengan surat tu..." Aqi dikerling bersahaja. "He loves you, Aqi. He pours his every feeling in that letter. Jangan koyakkan feeling dia lepas tu buang kat tanah sesuka hati lagi, please?"

Aqi tak pasti nak memproses perasaannya macammana ketika ini. "Tapi... what does this means?"

"It doesn't mean anything. That kid loves a girl who doesn't love him back. The least I can do is making sure his effort is not wasted..."

Aqi diam lagi. Semasa Umar menghabiskan burger keduanya,  dia membaca surat itu semula. Benar. Ketika umur itu, dia langsung tiada perasaan romantik pada Umar melainkan melihat pemuda itu sebagai abang angkat yang sengal... mamat bongok yang menyukai perempuan bodoh macam Mimi, dan target buli bagi Farid dan Batrisya yang dia juga tumpang sekaki nak buli. Sehinggalah dia dan Umar dipaksa menikah bagi menunaikah amanah arwah ayah angkat mereka. Aqi jatuh cinta pada Umar selepas mereka hidup bersama sebagai suami isteri. Malah punca sebenar ialah kerana kesabaran Umar menghadap perangainya serta tidak mengalah dalam rumah tangga mereka.

Mengingati kenangan percintaan selepas nikah itu, senyum meniti di bibir. Semasa hati bersatu, dunia terasa macam mereka yang punya. Anasir luar ditepis mudah, termasuklah bila Mimi muncul semula dalam hidup mereka. Hanya setelah Hadi melancarkan jenayahnya, barulah Umar melafazkan talak. Itupun episod itu tidak habis kerana dia mengangkut benih lelaki itu hingga dilahirkan dan membesar sehingga sekarang. Sehingga dia dan Umar bertemu semula. Dan sekarang duduk di bawah lampu jalan, berbuka dengan burger jalanan selepas anaknya bergaduh dengan isteri dudanya di banglo yang menyimpan memori mereka.

"Fikir apa?"

Aqi terperanjat, seraya menoleh. Lelaki itu dah menghabiskan burgernya, malah tengah membuka kepala botol mineral.

"Kau masih tak explain Ami dirogol anak Mimi..."

Botol yang baru nak diteguk, terhenti seketika. "The point is, aku dah belasah budak celaka tu, Aqi."

"I don't care about that. Macammana benda tu boleh terjadi at the first place?"

"Sebab I trusted him. I want to give him a chance to sort his lifeI thought dia boleh jadi abang Ami, boleh jadi penjaga Ami bila aku takda. Tapi aku tak tahu dia celaka gila..." dengusnya sebelum meneguk mineral itu. Hingga separuh, barulah Umar berhenti. Nafas dihembus tanda kenyang. "Dia dah buta sebelah mata, dan tulang kolar dia patah dan aku haramkan dia datang ke sini semula kalau dia taknak mandul terus!"

Melopong dibuatnya. "Kau cacatkan anak tiri kau?"

"Aku cacatkan perogol anak aku." Dibetulkan ayat itu supaya tidak mengusik hati.

Aqi mengangguk, tidak menafi dia puas hati sedikit mendengar balasan yang anak Mimi itu terima di dunia dan disampaikan melalui Umar. "Lelaki tu... ialah anak yang Mimi lahirkan masa Form 5 tu, kan? Ini perempuan yang sama yang aku dah bagi warning jangan nikahi... And perempuan yang sama yang pukul anak kau. Berbaloi ke jadi suami dia, Mar?" soal Aqi, kini dengan sindiran.

Walaubagaimanapun, Umar membalas dengan senyuman tenang. Alhamdulillah atas kekuatan yang hadir selepas berdoa di surau tadi. "Allah hadirkan dia masa kau lukakan hati aku. I thought she's the one."

Percuma kena balik. Aqi memejamkan mata, menerima kena hempuk dengan sindiran si lelaki.

"Clearly ada hikmah aku nikahi dia, samada nampak atau tak nampak, jauh atau dekat..." Langit direnung. "Took me some time, tapi sekarang Mimi dah mengandung. Aku tak nampak langsung dia ialah dugaan melainkan berkat yang dikurniakan untuk aku jaga, Aqi..." Si cantik itu ditoleh lagi. "She's a headache but she's mine. She's hard to handle too but mostly sebab akal dia jauh lebih pendek dari orang normal. Support me on this, will you?"

"Hmm... Sorry, tapi aku conflictedHonestly, aku super happy kau dapat baby, tapi aku masih marah bila aku dapat tahu semua benda yang berlaku... Kalau bini kau sekadar akal pendek tapi harmless, aku ampun lagi, tapi dia abusive, Mar..."

"Yea... tapi aku honestly dah tak tau nak minta maaf macammana lagi untuk bini aku..."

"Kalau tangan dia sentuh pipi Ami tadi, aku tak rasa kau jumpa kami lagi dah," balas Aqi pada langit. Tenang sekali membalas, tanda keputusannya kukuh. Jika Mimi langsung tidak boleh bertoleransi dan melihat anak-anak Umar sebagai insan untuk disayangi, dia rela berpindah ke tempat lain bersama anak-anaknya. Biarlah Umar bahagia seorang dengan bini yang dipilih.

Giliran Umar pula bersedih. "Janganlah macam tu..." Dia mengensot sedikit sehingga rapat. "Come on. Think happy thought. Usaha aku akhirnya melekat. Yayyy..." Wajah Aqi ditarik supaya menentangnya. "Our twin dapat adik, yaayyy..." Masih berusaha membuatkan wajah itu tersenyum. "Kita dapat baby baru, yayyy..."

Kita? Aqi terkedu seketika, tetapi mengerti Umar masih menganggapnya sebagai keluarganya juga. Merasa terharu, lalu dia tersenyum kecil. "Seronok juga dapat peluk baby lagi..." ujarnya, lalu membayangkan manusia sekecil 2kg itu nanti. Tanpa dapat ditahan, naluri keibuannya membuak-buak hingga membuatkan wajahnya memerah dengan senyum bahagia.

"There... thats the smile that I love so much..."

"Haha... get ready to turn your life into hell sebab nak kena bangun awal pagi nak pujuk baby kau menangis!" usik si wanita, membuat lelaki itu melakar senyum lebar. "Aku tak sabar tengok Mimi jadi gemuk, hahaha. Perut membesar, dada membesar, jari membengkak, kaki pun... nak berjalan susah.... lepas tu muntah-muntah... sakit sana sini... nak kencing setiap semenet..." Sendu pula bila mengingati kenangan dia mengandungkan kembar itu suatu ketika dahulu. Bergenang air mata dibuatnya. "Its such a magical moment..." tambahnya lagi, lalu menarik hingus cair.

Tiada respon dari Umar membuat Aqi menoleh. Lelaki itu tengah merenungnya. Redup sekali. Malah senyumannya lembut. Sebuah pandangan penuh cinta. Aqi bertukar malu. "Jangan pandang aku macam tu..."

"Kau cantik..."

Jilake... ini bukan kali pertama Umar memuji tiba-tiba, tapi kali ini Aqi tertunduk menahan malu. Dia nak pulih lekas, tapi rasa malu kali ini berganda-ganda rasanya sampai Aqi tak boleh nak mengangkat mukanya langsung. Bodohlah, mamat ni suka benar attack point blank. Mata dipejam sekuatnya, sekaligus cuba mengawal emosi yang membuak.

Umar pula masih dengan senyuman lembut. Sebelum perang di meja dapur bermula tadi, Farid mengajaknya berbual di ruang tamu untuk bertanya jika Umar masih menyimpan perasaan pada Aqi dan apa pula yang dia nak lakukan dengan hubungan mereka memandangkan Mimi kini mengandung. 

Soalan itu terlalu mengejut kerana Umar langsung tak pernah terfikir jika Aqi mencari pengganti. Mimi pernah usulkan tetapi dia dan Aqi sama-sama buat pekak tak peduli. Tapi sekarang dah lain....

Selepas melapangkan kepala dan meminta dipermudahkan urusan selepas solat, Umar kini lebih yakin dengan apa yang perlu dibuatnya dalam hubungan mereka.

"Aqi, kau sayangkan aku tak?" soal Umar tiba-tiba.

"Mestilah. Kau ialah—"

"Bapak anak-anak kau, aku tahu..." Memang itulah poin Aqi, dari dulu sampai sekarang. Dia cuma ahli keluarga. Tidak lebih. "Tapi sayang aku dekat kau lain, Aqi..." Muka cantik itu direnung. "Rasa sayang aku dekat kau... buatkan semua orang terluka... sampai kembar kita pun dah lupa macammana nak buat perangai macam kanak-kanak yang tengah membesar..."

Wanita itu terdiam lalu. "Maybe kau tak perlu fikir jauh sangat..."

"It's not getting easier, Aqi... Its getting real. Sexual tension between us is too real. Aku dah tak tau macammana nak buat tak tahu. I've kissed you. I thought about you everyday. Aku mimpikan kau, kadang-kadang terlepas sebut nama kau sampai kantoi dekat Mimi. Walaupun kau dan aku sama-sama cuba lari tapi kau tetap datang balik. Aku tak boleh lepaskan stress dekat punching bag sampai bila-bila.... Silap hari bulan... aku takut aku tak boleh terus tahan..." keluhnya pada langit. Risiko itu benar-benar ada.

Si wanita menelan liur yang terasa berpasir. "Kau tarik aku ke sini sebab nak cakap pasal ni ke?"

Lelaki itu masih memuram pada langit. "Aku takut, kalau isteri aku tengah sarat mengandung, kepala aku masih fikirkan kau..."

"Mar... jangan cakap macam tu..." Seriau pula rasanya. Dia juga merasa apa yang Umar rasa, cuma mungkin tidak seteruk lelaki itu. "Kita boleh revert jadi bestfriend semula, tau? Balik ke momentum lama."

Dan lelaki itu menoleh. Serius sekali. "Kau seriously rasa itu solution terbaik bagi masalah kita? Lepas semua yang terjadi?"

Kelat rasa lidah dibuatnya. Air muka Umar pula cukup perit sekali bahana menahan sesuatu yang pedih di dada. Sesuatu yang tak boleh dikongsi dan kini bertukar menjadi racun kerana tidak diuruskan dengan betul.

"The best solution ialah aku dengan Mimi berbaik... but at this point its impossible..."

Umar senyap. Aqi menelan liur.

"Then what else are we supposed to do untuk ringankan beban semua orang??"

Umar menelan liur, merenung wajah kusut itu. "Is there a chance untuk kita bertiga bersama?"

Datang lagi tawaran itu. Baran Aqi terbakar. "No! Aku takkan bermadukan perempuan gila tu!!" Tegas sekali.

"Then, I have to ask you to do one thing..."

"Which is?"

"Cari suami baru secepat mungkin."

Aqi tercungap. Terasa menerima pelempang halimunan atas cadangan itu.

"Kalau ada lelaki lain yang boleh jagakan kau... aku ringan hati sikit. Cari someone yang lebih baik dari Chandler... yang boleh buat kau happy... yang boleh buat aku happy tengok kau happy... sama macam kau happy tengok aku happy..."

Diam seketika. "Kau-kau suruh aku... bina life dengan lelaki lain... selain kau? Walaupun kau cakap, kau cintakan aku?"

Umar menelan liur. Bila didengari semula kata-kata itu, hatinya tiba-tiba terasa pedih. Tetapi dia perlu kukuh! "I have to save my marriage, Aqi. I have to take care of my pregnant wife. Pada masa yang sama, aku nak jaga bahagia kita sekeluarga juga, terutama request Emir dengan Ami untuk kita jadi parents mereka tanpa banyak gaduh. Kita masih boleh jadi functioning family from a distance, tapi dengan pasangan masing-masing. Aku tak boleh achieve semua ni kalau kita masih..." Liur ditelan. "Aku taknak terus berdosa, Aqi. Setiap kali aku bersama kau, dosa ikut sekali. For god sake, aku tengah tahan sepenuh daya aku untuk tak peluk cium kau sekarang."

Aqi spontan mengensot supaya jauh sikit.

"Aku sedar benda ni mengejut, tapi perlu. Mimi wife aku. Aku kena utamakan dia walaupun aku tidak—" Lidah digigit terus, menahan diri dari menyebut kata-kata itu buat kali kedua.

Aqi menjeling dengan mata berkaca. "Walaupun kau tidak cintakan dia?"

Mata terpejam spontan, menahan peritnya hatinya ketika ini. Ya, dia tak cintakan Mimi. Kenapa dia perlu berpegang pada tanggungjawab hanya untuk menjaga perempuan yang tiada langsung rasa kasih pada anak-anaknya? Ataupun nak menghormati hubungan kekeluargaan mereka? Kenapa dia tak dibenarkan mengejar cintanya pada Aqi? Kenapa dia perlu bertahan pada Mimi yang tidak capai paras minimum isteri mithali, mahupun seorang ibu tiri. Dia yakinkah yang Mimi boleh menjaga anak mereka macam seorang ibu yang penyayang, dan bukannya dilontar sana sini sebab malas nak komited dengan kesusahan itu? Pada siapa Umar nak buktikan dengan semua keputusan ini sebenarnya?

Gigi diketap sekuatnya. Halkum turut bergerak-gerak, menelan liur yang terasa berpasir.

"Mar..."

Mendengar suara itu menyebut namanya, jelas sekali siapa sebenarnya pilihan hatinya. Dia nakkan Aqi. Dia nakkan kehidupan semula dengan Aqi dan anak-anak mereka. Tapi kalau dia memilih Aqi, Mimi akan ditinggalkan dan dia menjadi lelaki paling tak berguna dalam sejarah, yang tak boleh mengawal isteri sendiri, yang tak mampu mendisiplinkan isteri sendiri, dan hanya tahu mengikut hatinya membuta tuli kerana nak memuaskan nafsu pada sang wanita yang menarik hati.

Lalu Umar membuka botol mineral dan menyiram mukanya dengan air botol itu sehingga kosong.

Aqi merenung datar. "Haus sangat ke apa?"

"Segar sikit otak aku..." luahnya sebelum mengemekkan botol tersebut. Air yang masuk sedikit ke dalam mulut diludah. "14 tahun yang lepas, aku dah tunjukkan yang aku gagal sebagai suami kau, Aqi. Sekarang, aku nak jadi suami yang baik. Aku nak jadi ayah yang baik, both to our twin and my unborn child. Aku nak jadi ex-husband yang baik untuk kau juga. I can't accomplish all this kalau aku simpan perasaan dekat kau, bernafsu dekat kau, lukakan hati anak-anak kita dan lukakan hati isteri aku sendiri... Tolong aku, Aqi.... If you can find a good man, someone yang Emir dan Ami boleh terima... I think everything will sort out naturally..."

Air muka Aqi berubah kusut. Sekali lagi permintaan itu keluar. Sebuah permintaan yang pernah dibangkitkan Mimi, tetapi tidak dilayan kerana dia sendiri enggan mencari baru. Memang dia tidak merancang nak merampas Umar, tapi dia selesa membesarkan anak-anaknya sekarang. Kedudukannya kukuh. Dia hanya nak berada dekat dengan Umar walaupun bukan sebagai pasangan kerana disitulah bahagianya berada.

Luka di hati kini merebak ke seluruh tubuh. Namun akalnya masih mampu memproses permintaan yang pahit itu. Objektif sangat jelas—menjaga jarak antara mereka. Supaya Umar tidak tertekan dengan dosa. Supaya dia ada lelaki lain yang boleh memberinya perhatian dan senyum. Dan cemburu Mimi juga akan memudar. Sebetulnya, permintaan Umar sememangnya penyelesaian terbaik bagi semua kekusutan yang dah berlaku.

Dan yang paling penting, dia dan Umar masih boleh menjadi mak ayah kembar mereka tanpa perlu wujud konflik yang tak relevan.

A functioning family of six. No, seven.

Anak-anaknya semakin alergi dengan Mimi tanpa sebab yang diketahui. Bila kandungan Mimi makin membesar, perhatian Umar akan memberat pada isterinya, jadi kurang habiskan masa dengan mereka. Peranan seorang lelaki lain untuk menggantikan Umar di dalam hidupnya sebetulnya langkah terbaik sekarang ni. The timing fits too.

Mata dipejam. Akur dengan perjalanan takdir. "If thats the best plan, then lets do it. Mungkin kau lebih bahagia dengan Mimi lepas aku takda."

Hati Umar terdetik bila mendengar kata-kata itu. Terkedu bila melihat Aqi bangun berdiri. Malah air muka wanita nampak kosong beku. Nafas Umar tersentak, menyedari apa yang wanita itu nak lakukan seterusnya.

"Aqi—"

Turut perasan beg kertas coklat yang berisi perasaannya itu ditinggalkan di tepi jalan. Luluh lagi hati lelakinya, lalu refleks tangan dipanjangkan seperti pemain ragbi cuba menangkap lawannya, tetapi berbanding menangkap bola, Umar menangkap betis Aqi,

Wanita itu terperanjat. Umar pula nampak cuak.

"Kau jangan berani lari dari aku..." Mujur dia sempat mengejar.

Pedih lalu. "Apa benda kau ni... lepaskan aku, Mar..." Kaki ditarik. "Kau yang suruh aku cari lelaki lain!"

"Tapi aku tak cakap aku nak kau lari terus dengan siapa entah tu dan tinggalkan aku!" bidasnya, sekaligus mencapai beg kertas tadi.

"Macammana aku nak fokus dengan suami aku nanti dan layan kau sekaligus! Aku tak macam kau, Umar Darius! Kau nak aku dapatkan orang lain, kau kena lepaskan aku!"

"For god sake... aku masih nak bercakap dengan kau, berjiran dengan kau—" Terhenti kata bila Aqi berjalan lagi. Umar tidak mengalah, lalu dikejar wanita itu. Tangan itu ditangkap, membuat Aqi menyeringai. Ditarik kasar tubuh si wanita supaya berdepan dengannya dan digenggam kedua belah bahunya. Lalu muka berkerut itu ditentang serius. "Listen here, you iron head. Aku masih nak father the twin with you, being functioning family dengan pasangan masing-masing... Kalau kau ingat our objective, Aqi. Kau rela hati tengok aku dengan Mimi, aku nak buat benda tu bila kau dengan lelaki lain."

Wanita itu memalingkan wajahnya, dan Umar merasa pedih lagi buat kesekian kali kerana Aqi enggan melihat wajahnya.

"You do realise I'm still in love with you?" soalnya sambil merendahkan tubuh, mencari mata galak itu.

"That's bullshit! Kau tak cintakan aku! Kau hanya terbiasa dengan aku sebab Mimi being a lousy wife dan aku pulak bodoh sangat melayan kau setiap kali kau datang rumah!! That ends now!!" Giliran dia membuat keputusan.

"Aqi... Aqi... look at me, please..." Muka cantik itu ditarik supaya menentang wajahnya dan terus ditekup dengan kedua belahnya. Mata bulat itu nampak berkaca, membuat Umar menjadi pilu. "I love you, Aqi. I am madly, in love with you... Hanya dengan developing feeling for you, aku automatically curangi wife aku sendiri. Setiap masa, setiap detik, aku tak berhenti fikirkan kau... mata kau, mulut kau... senyuman kau, ketawa kau... tenaga kau... aku termimpi-mimpikan kau. Kepala aku suruh aku setia pada Mimi sebab that's the right thing to do... tapi hati aku tetap memberat ke arah kau, Aqi, and it hurts me deeply. Deeper than anything. Aku nakkan kau. Aku nak makan dengan kau. Bernafas bersama kau. Tidur dengan kau. Bergaduh bersama kau... aku nak habiskan hidup aku bersama-sama kau... sampai kembar berdua tu keluar dari rumah sebab nak bina life mereka... and then kita bersama berdua sampai Allah tarik nyawa kita, Aqi.... Aku dah jatuh cinta dekat kau macam aku bernafas setiap hari..." Air mata lelakinya jatuh tanpa dapat ditahan.

Aqi terkaku.

Umar menelan liur, berusaha menahan ribut perasaan yang merasuk akal. "Tapi  my feeling hurts everyone... hurts my wife... you... our twin. A decision has to be made, so I'm choosing this..." Liur yang terasa berpasir ditelan, dan genggaman tangan dieratkan. "Cuma aku taknak kau dengan anak-anak kita jauh dari aku. I want us to be a functioning family of sevenI want you to accept my feeling, and move on at the same time..."

Bibir dikemam. Makin sayu bila Umar bertindak menggantung tali beg kertas coklat itu ke pergelangan tangannya. "You're selfish..."

"Kau kena cari suami yang aku boleh terima, yang boleh jadi kawan aku... supaya kita tetap boleh jaga kembar kita bersama..." Muka cantik itu dipegang lembut. "So please, jangan gunakan kata-kata aku sebagai satu alasan untuk jauhkan diri dari aku? Aku minta kau cari someone yang boleh masuk dalam circle kita. An enabler that allows us to watch our twin grow old together."

"That's selfish, Mar... thats selfish..." luah Aqi lagi, hampir menangis lagi. "...and idealistic."

Umar melakar senyum pahit. "Call me optimist, maybe?"

Turut tersenyum. Tangan Umar dipipinya diusap lembut. "Your request comes with risk, Umar Darius.... Kau kena ingat... aku ialah perempuan..." ujarnya, membuat Umar mendiam seketika. "Kalau husband aku suruh aku jauhkan diri dari kau, sebagai isteri dia, aku kena follow."

Luluh hati lelaki itu lalu.

"Kalau betul kau decide to let me go untuk bahagia dengan Mimi, then be a man and just let me go..." Tangan itu dialihkan dari wajahnya, tetapi tangannya pula digenggam. Aqi merenung sayu. "Lepaskan aku, wahai suami Mimi Rainita..."

Terkaku. Seraya pegangan terlepas terus. Muram lagi bila Aqi meletakkan hadiahnya itu di sebelah kakinya.

"You're gonna be a great father..." Bersama nafas sendat, dia memaksa kata.

"Because you're a great mom..." Kata-katanya terasa menampar akal sendiri hingga matanya membulat luas. Tiba-tiba tersedar. Selepas ini Mimi yang akan menjaga anaknya. Boleh ke si bini itu menjaga budak, sedangkan satu-satunya anak tunggal Mimi itu pun dah bertukar menjadi sampah masyarakat. Tangan diraup dari dagu hingga ke rambut, merasa beban yang yang cukup menyempitkan akal. Nafas yang terasa sendat dipaksa bernafas. 

Betul ke ini jalan terbaik, Mar...? 

"Akulah manusia paling bodoh kalau aku masih stuck dalam lumpur ni sebab mengharap functioning family of seven sedangkan kau pula dah diambil lelaki lain..." ujarnya pada jalan asphalt, kini menyedari tahap berat risiko yang Aqi sebut tadi. Umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Aqi pula melangut pada langit, menimbang tara pros and cons permintaan Umar itu. "Benda boleh buat asalkan kita jadi functioning adult... termasuk bini kau."

Kepala Umar spontan terjatuh bersama ketawa pedih. Ironi kerana komen terakhir Aqi ialah benda yang paling susah nak berlaku. Wanita tu turut tersenyum dibuatnya, sama-sama mentertawakan perit takdir mereka. 

"Lets tawakkul... for the sake of anak-anak kita?" luah Aqi lagi.

"And my new family."

Aqi tersenyum walau pahit sekali. Muka Umar diusap lagi sebelum berjalan pergi tanpa sekalipun menoleh ke belakang. Tahu balik ke rumah sendiri kerana jarak surau dengan rumahnya tidaklah terlalu jauh.

Umar membatu di tempatnya, merenung batang tubuh itu menjauh sehingga mereka dipisahkan jarak. Persetujuan dah ada. Keputusan rasional dah ditetapkan. Dia dah membuktikan dia boleh menjadi lelaki sejati. Tetapi perasaannya tetap meribut. Langsung enggan tenang walau sejenak. Sukarnya dia nak bernafas kerana anak tekak yang terasa kembang. 

Beg kertas berisi Motorola dan surat cintanya dicapai. Dengan sekuat hati, beg kertas itu dibaling sejauh-jauhnya di tengah gelap malam, seakan cuba membuang sekali perasaan yang terpendam sejak 19 tahun lepas. Langsung tak peduli di mana time capsule itu jatuh. Yang penting sekarang ni dia mahu move on, sama macam Aqi move on.

Prius dimasuki tanpa menghidupkan enjin. Untuk seketika, Umar mendiam dalam gelap, meneliti semula apa yang baru berlaku sekejap tadi serta benda logik akal yang sepatutnya perlu dicapai. Dia akan terus hidup bersama Mimi, dan Aqi akan dimanjakan lelaki lain. Anak-anaknya masih boleh dibesarkan bersama-sama, tapi Aqi akan tidur dengan lelaki lain. Dia akan besarkan anaknya bersama Mimi... tapi lelaki itu boleh berbaring atas riba Aqi setiap hari... dan gurau-gurau tengok TV dengan Aqi... dan gomol-gomol dengan Aqi...

"BABI!!" Penumbuk spontan dilepaskan ke stereng bahana tekanan di hati dan kepalanya sekaligus.

Mata dipejam kuat, menahan rasa perit yang nauzubillah!! Sakitnya hati!! Geraham diketatkan sekuatnya lalu seat pemandu diturunkan hingga berbaring. Umar terus memaksa dirinya bertenang demi mengejar senario paling berakal untuk mereka semua. 


Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena